Thursday, December 17, 2009

Salam Transformasi!

Selamat datang ke Blog Transformasi Keningau. Sebuah wadah untuk menyatukan anak-anak muda Keningau agar turut sama membuat perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan daerah Keningau. Jom... Kita logot2!

1 comment:

JOGAS said...

Kg. SINAGANG sebuah perkampungan dalam daerakh Keningau yang terletak dipinggir sempadan daerah Keningau dan daerah Tenom. Sinagang pada mulanya terdiri dari 2 buah penempatan iaitu Sinagang dan Keritan, tetapi pada pertengahan tahun 1980an dengan penghijrahan orang-orang Murut Tagol dari Kemambong yang membuat penempatan dihulu sungai Mosolog, maka mereka menamakan kampung itu Sinagang Ulu. Begitu juga dengan Keritan Ulu yang dihuni boleh penduduk yang berhijrah dari Telipok, Tambunan dan juga kawasan lain di daerah Keningau. Sebuah lagi penempatan baru ialah Sigapon yang wujud sekitar tahun 1980an pendudk yg terdiri dari pekebun berasal dar daerah lain seperti Tambunan dan Inanam. Pada masakini 2017 Sinagang ada 5 buah penempatan utama.

Pada umumnya penduduk Sinagang terdiri daripada suku kaum Dusun Kujau, Murut Paluan, Tagol, Dusun Liwan dan Peranakan China. Kegiatan ekonomi termasuk pertanian; ladan kelapa sawit , pokok getah, padi dan buah2an.

Kemudahan asas yang diadakan oleh kerajaan ialah Sekolah ( SK Senagang), perpustakaan, klinik, Tadika Kemas,dewan serbaguna serta bekalan air terawat dan letrik.