Wednesday, December 30, 2009

Duit Oh Duit...

Duit merupakan salah satu dari keperluan kita seharian. Tiadanya duit, kita tidak akan dapat memperolehi keperluan asas dan kehendak kita. Lumrah hidup perlukan wang, membuatkan kita semakin menghargai setiap wang yang kita gunakan. Bimbang sekiranya kita gunakan di luar dari apa yang kita perlukan. Persoalaannya, adakah wang akan mempengaruhi hidup kita?, ya ditangan kirimu, tidak ditangan kananmu, terpulang pada individu itu sendiri. Jika kita menjadi jutawan sudah tentu kita inginkan kereta mewah, rumah banglo, siap swimming pool lagi. Nakkan handphone yang termahal sekali, pingin ke spa setiap hari, indah kan..macam di farmville..jika kita miskin, apakah kita tetap bersyukur apa yang tuhan berikan?

Berusaha untuk mencari rezeki itu sebenarnya jihad. Ertinya kita tidak menyusahkan hidup orang lain, dan bergantung pada orang lain. Jika kaya harus bersyukur dan memahami itu adalah amanah dari Tuhan untuk kita bantu pada yang memerlukan. Jika kita miskin, kita harus bersyukur kerana bumi tuhan luas untuk kita mencari rezeki. Jangan sesekali kita alpa, kerana wang boleh membuatkan mata kita jadi satu, telinga kita jadi pekak, tangan kita sukar memberi, kaki kita ke tempat yang tidak baik. Kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menggunakan wang. Apapun jangan kita lupa, ada duit yang jauh lebih bernilai daripada duit di atas. Apa dia? D-doa, U-usaha, I-iman, T-takwa. Okey... Jumpa lagi!

No comments: