Wednesday, December 30, 2009

Duit Oh Duit...

Duit merupakan salah satu dari keperluan kita seharian. Tiadanya duit, kita tidak akan dapat memperolehi keperluan asas dan kehendak kita. Lumrah hidup perlukan wang, membuatkan kita semakin menghargai setiap wang yang kita gunakan. Bimbang sekiranya kita gunakan di luar dari apa yang kita perlukan. Persoalaannya, adakah wang akan mempengaruhi hidup kita?, ya ditangan kirimu, tidak ditangan kananmu, terpulang pada individu itu sendiri. Jika kita menjadi jutawan sudah tentu kita inginkan kereta mewah, rumah banglo, siap swimming pool lagi. Nakkan handphone yang termahal sekali, pingin ke spa setiap hari, indah kan..macam di farmville..jika kita miskin, apakah kita tetap bersyukur apa yang tuhan berikan?

Berusaha untuk mencari rezeki itu sebenarnya jihad. Ertinya kita tidak menyusahkan hidup orang lain, dan bergantung pada orang lain. Jika kaya harus bersyukur dan memahami itu adalah amanah dari Tuhan untuk kita bantu pada yang memerlukan. Jika kita miskin, kita harus bersyukur kerana bumi tuhan luas untuk kita mencari rezeki. Jangan sesekali kita alpa, kerana wang boleh membuatkan mata kita jadi satu, telinga kita jadi pekak, tangan kita sukar memberi, kaki kita ke tempat yang tidak baik. Kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menggunakan wang. Apapun jangan kita lupa, ada duit yang jauh lebih bernilai daripada duit di atas. Apa dia? D-doa, U-usaha, I-iman, T-takwa. Okey... Jumpa lagi!

Sunday, December 27, 2009

Pasar Malam Keningau


Inilah pasar malam keningau kita. Glamour kan...dulu saya juga pernah berjualan di sini. Pasar ni adalah salah satu tempat orang2 keningau membeli sayur, kuih , ikan masin..macam2la ada..kecuali binatang ternakan he..he..pasar ni dulu kecil tapi kini semakin besar. Selain daripada tempat untuk orang2 keningau membeli makanan basah dan kering ianya juga tempat mencari rezeki bagi para penjual. Setiap hari pasti ramai yang berkunjung di pasar ni. Makanan pun sedap2 bah. Tidak rugilah jika kita berkunjung disini, tambah2 lagi pasar ni strategik dekat dengan parking bas bagi sekitar kg Apin2, dan Bingkor. Tidak mustahil suatu masa nanti pasar ni akan lebih bertambah besar, lebih ramai penjual, dan lebih banyak pilihan pembeli.

Saturday, December 26, 2009

Tahun baru...azam baru??

Tahun baru tiba lagi ketitik permulaan, seperti tahun2 sebelumnya. Seringkali muncul tahun baru pasti kita akan kaitkan dengan azam baru, hidup baru, semangat baru dan jiwa yang baru. Memang wajarlah kita catatkan setiap peristiwa2 penting yang berlaku dalam kehidupan kita setiap tahun, pasti ada sahaja kenangan indah dan pahitnya. Semua itu tentunya kita hadapi dengan keadaan tenang dan bertindak secara matang. Apa jua bentuk azam baru kita haruslah pastikan azam itu kita mampu kecapi dan laksanakan. Tidak dinafikan kebanyakan diantara kita yang diketegorikan "orang biasa" sering menetapkan azam yang sukar dicapai dan tidak masuk akal. Dan ini menjadikan azam kita yang membara pada awal tahun menjadi hangat2 tahi ayam..dan tahun berikutnya menetapkan azam baru..azam lama x tercapai..ini sering berlaku dan menjadi amalan dalam norma masyarakat kita. Ini terjadi kerana azam yang ditetapkan tidak mengambil kira potensi diri dan menilai tahap kemampuan diri..Seperti kata pepatah ukurlah baju pada badan sendiri, dalam menetapkan azam haruslah azam yang boleh kita capai dan laksanakan. Ada pula segelitir diantara kita yang mempunyai azam yang boleh dicapai dan releven pada diri, tapi jadi azam tahi ayam jg..ini disebabkan konsistensi untuk merealisasikan azam kita tidak ada, at last kita jadi seperti "orang biasa' yang hangat2 tahi ayam..Oleh itu tanamkanlah azam yang boleh dicapai dan boleh direalisasikan. Orang biasa menjadi 'luar biasa" adalah mereka yang dapat melaksanakan azam mereka dan tau potensi diri.

A - azamku
Z - zahirnya
A - adalah
M - matlamat hidup ku

Sunday, December 20, 2009

Lebarkan Sayap Perjuangan

Sesetengah orang berpendapat perjuangan itu seperti berperang dimedan perang sahaja. Sebenarnya kenyataan itu ada benarnya juga, namun perjuangan ini luas skopnya. Perjuangan tidak semestinya kita turun ke medan perang, melawan musuh. Seharian kita sedang berjuang tanpa kita sedari. Kita berjuang untuk mencapai matlamat hidup, berjuang untuk Berjaya dalam pelajaran, malah berjuang dalam memperbaiki kerjaya kita, itulah perjuangan kita seharian. Namun jika kita tidak nyalakan api perjuangan kita itu dengan semangat yang kental, usaha yang gigih, istiqamah dan berani menghadapi cabaran kita akan sentiasa berada di tahap yang sama. Kita harus berbangga dengan kemajuan serta pencapaian kita khususnya di Keningau. Boleh dikatakan dahulu nenek moyang kita serba kekurangan. Sekolah dan jalan raya ketika itu masih dalam keadaan yang serba kurang.

Namun perjuangan mereka kental dan kuat untuk mencapai kejayaan. Kita sangat beruntung dan bertuah kerana berada pada zaman yang serba ada, bak kata orang, maklumat di hujung jari. Apakah perjuangan kita terhenti?? Sedih sekali jika zaman yang serba moden ini remaja kita khususnya tenggelam dalam arus kemodenan, sehingga erti perjuangan itu tidak lagi menjadi perkara yang serius bagi mereka. Perjuangan itu tidak akan terhenti selagi kita berusaha kearahya. Ayuhlah warga Keningau bersama2 berjuang untuk memperbaiki lagi tahap kemajuan di tempat kita sendiri. Suara2 anda sekelian amat bermakna dan berguna agar menyatukan kita dalam satu himpunan masyarakat keningau yang dahagakan arus kemajuan yang hakiki.

Thursday, December 17, 2009

Sejarah Asal usul Keningau

KENINGAU
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

ASAL USUL KENINGAU
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Reff :
A. Hadi R. (2006). Asal Usul Keningau. Keningau: KB Publication Sdn. Bhd.(wikipedia)

Salam Transformasi!

Selamat datang ke Blog Transformasi Keningau. Sebuah wadah untuk menyatukan anak-anak muda Keningau agar turut sama membuat perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan daerah Keningau. Jom... Kita logot2!