Sunday, December 20, 2009

Lebarkan Sayap Perjuangan

Sesetengah orang berpendapat perjuangan itu seperti berperang dimedan perang sahaja. Sebenarnya kenyataan itu ada benarnya juga, namun perjuangan ini luas skopnya. Perjuangan tidak semestinya kita turun ke medan perang, melawan musuh. Seharian kita sedang berjuang tanpa kita sedari. Kita berjuang untuk mencapai matlamat hidup, berjuang untuk Berjaya dalam pelajaran, malah berjuang dalam memperbaiki kerjaya kita, itulah perjuangan kita seharian. Namun jika kita tidak nyalakan api perjuangan kita itu dengan semangat yang kental, usaha yang gigih, istiqamah dan berani menghadapi cabaran kita akan sentiasa berada di tahap yang sama. Kita harus berbangga dengan kemajuan serta pencapaian kita khususnya di Keningau. Boleh dikatakan dahulu nenek moyang kita serba kekurangan. Sekolah dan jalan raya ketika itu masih dalam keadaan yang serba kurang.

Namun perjuangan mereka kental dan kuat untuk mencapai kejayaan. Kita sangat beruntung dan bertuah kerana berada pada zaman yang serba ada, bak kata orang, maklumat di hujung jari. Apakah perjuangan kita terhenti?? Sedih sekali jika zaman yang serba moden ini remaja kita khususnya tenggelam dalam arus kemodenan, sehingga erti perjuangan itu tidak lagi menjadi perkara yang serius bagi mereka. Perjuangan itu tidak akan terhenti selagi kita berusaha kearahya. Ayuhlah warga Keningau bersama2 berjuang untuk memperbaiki lagi tahap kemajuan di tempat kita sendiri. Suara2 anda sekelian amat bermakna dan berguna agar menyatukan kita dalam satu himpunan masyarakat keningau yang dahagakan arus kemajuan yang hakiki.

No comments: