Sunday, January 17, 2010

Adakah Air Mani Bersih Dan Boleh Dimakan?


Para ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum najisnya air mani atau pun tidak. Dua pendapat yg masyhur seperti berikut:-

Pendapat pertama: Bersihnya air mani manusia atau binatang melainkan anjing, babi dan yg lahir dr salah satu keduanya. Inilah adalah pendapat mazhab Syafie.

Dalilnya

1. 'Aisyah berkata:

"Sesungguhnya aku melihat diriku mengikis air mani kering pada baju Rasulullah dgn kukuku dan baginda solat dgn baju tersebut." (Hr Muslim)

Ini menunjukkan air mani bukan najis kerana ia tidak dibasuh.

Pendapat kedua: Air mani adalah najis. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

Dalilnya

2. Daripada 'Aisyah juga:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membasuh air mani." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan air mani adalah najis kerana ia dibasuh.

Adakah air mani halal dimakan?

Imam Nawawi berkata:

Pendapat yg sahih lagi masyhur dlm pendapat mazhab syafie menyatakan tidak halal makan air mani kerana ianya dianggap perkara yg jijik. Firman Allah taala:

Maksudnya: "Dan Rasul mengharamkan kepada mereka perkara yang menjijikkan" (157: Al-A'raf)

Pendapat kedua yg bertentangan sahih dr ulama syeikh Abi Yazid al-Mirwazi berpendapat ianya harus dimakan kerana tiada kemudaratannya.

Pendapat kedua adalah pendapat yg sgt lemah kerana ia muqabil sahih.

Kesimpulan
1. Mazhab syafie mengatakan air mani adalah bersih dan boleh dibawa solat.

2. Mazhab hanafi mengatakan air mani adalah najis.

3. Dalam mazhab Syafie, air mani tidak halal dimakan sekalipun ia bersih kerana ia menjijikkan.

No comments: