Zaman muda kita memangla indah belaka, terutama zaman remaja. Fasa itulah kita sibuk mencari identiti. Tidak hairanlah jika masa remaja kita seringkali terpaut dengan 'cinta monyet'..tidak usahlah kita panjang2kan cerita apa itu cinta monyet, kerana namanya pun sudah cukup lucu. Mesejnya adalah, jika kita gunakan zaman remaja kita itu dengan aktiviti yang berfaedah dan ke arah masa depan yang cerah, tentunya kita akan perolehi matlamat kita. Zaman ini juga kita akan mengalami satu perubahan. Dimana perubahan ini akan menuntut kita untuk berubah dari segi pergaulan, dan juga cara kita berfikir. Apabila kita tidak diberi sokongan yang padu terutama orang yang terdekat sekali dengan kita tentunya kita akan memberontak dan bingung dengan perubahan yang kita alami. Tentunya ini adalah perkara biasa, setelah kita melalui cabaran masa remaja, kita akan lebih matang dan lebih mengenal identiti kita apabila menjadi dewasa. Menjadi orang dewasa bukanlah susah dan tidak juga dikatakan senang. Kedewasaan menuntut kita untuk lebih bertanggungjawab dan tahu kemana akhirnya sisa2 hidup. Pada masa ini kita akan lebih jelas apa yang diinginkan, apa yang perlu kita tinggalkan untuk keturunan kita serta lebih menghargai saat2 dan sisa hidup. Sudah tentu, segala perkara dan dugaan menjadi dewasa ini kita akan hadapi dengan tabah dan cekal. Kecekalan serta ketabahan itulah menjadi kita dewasa yang berjaya. Kesimpulannya, hidup ini perlukan masa untuk melalui satu fasa ke fasa seterusnya...hidup ini juga bukan satu pertaruhan mainan. Bukan juga tempat untuk kita bermaharaja lela..hadapilah hidup ini sebaik mungkin, untuk kita tinggalkan sesuatu yang indah....
No comments:
Post a Comment